Usaha Tangga Kejayaan

Wednesday, April 19, 2017

SAHABAT

"Sahabat.."
"Yup?"

Aku bangga ada sahabat yang sudi tegur kesilapanku.
Serius, aku bangga!

Aku tak benci kau
Aku nak bantu kau.
Aku nak pimpin kau
ke syurga Allah.
Aku nak kau berubah.
sebab aku sayang kau
SAHABAT.

"Jika hari ini mata bertemu di dunia, moga esok tangan berjabat di Syurga."

Sahabat, jika aku leka dengan keindahan dunia, ingatkan aku bahawa Syurga itu jauh lebih indah jika dibandingkan dengan dunia yang tidak kekal lama ini.

Nak genggam tangan seorang sahabat mungkin senang.
Tapi nak menadah tangan berdoa untuk seorang sahabat tak semua mampu buat.

Dalam berjuta kawan,
Mungkin ada satu yang tak pernah jemu mendoakan,
Mungkin yang satu tu,
Yang paling jarang kita hiraukan.

Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka demi menyelamatkan kamu yang terjatuh ke dalamnya.

"Ok tak tudung aku?"
"Ok cuma labuhkan sikit je."
"Opss lupa.Thanks beb"
"No prob la.Kan dah janji nak pegi Syurga sesama?"

Belum pernah jumpa tapi rasa sayang antara satu sama lain sangat mendalam. Itu lah ukhuwah lillahi ta'ala.

Nikmat paling indah selepas nikmat Iman dan Islam, adalah nikmat memiliki SAHABAT SOLEHAH.

Ya Allah.. Indahnya persahabatan kalau saling ingat mengingati soal agama.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berusaha membawamu ke pintu Syurga dan bersungguh-sungguh menjauhkanmu dari pintu Neraka.

Kita bestfriend forever kan? Sampai mati?
Eh? Taklah.
Hah?
Kita kan dah janji nak bersahabat sampai syurga? Ukhuwah fillah untill Jannah.

Mesra kami penawar duka.
Rindu kami menambat cinta.
Rajuk kami membuah ceria.
Moga ukhwah ni Allah jaga.

Dengan sahabat je kita berani jadi gila gila. Bila dengan orang lain, pendiam gila. Itulah istimewanya sahabat.

Sahabatku,
Aku tertawa kau tertawa.
Aku menangis kau pun menangis.
Kau jatuh ke tanah, aku tertawa.
Lalu kau jatuhkan aku pula.
Dan kita tertawa bersama.

Apabila sahabat menemani, syurga itu makin indah. Apabila bersahabat kerana Allah, syurga itu mengiringi langkah.

Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, Tetapi tidak mungkin melupakan orang yang menangis bersamamu. Sahabat..

Dia sakit kita pun sakit.
Dia happy kita pun happy.
Dia sedih kita pun sedih.
Ni barulah namanya sahabat sehati sejiwa.

Rasa macam sweet kan bila ada orang kata.
"Saya selalu doakan awak."
Walaupun baru kenal atau dah lama kenal. Your heart is so beautiful Moga seisi alam mendoakan kamu juga.

Kan Allah dah kata, sesiapa yang bersahabat atas landasan keimanan, kita boleh tarik sahabat kita masuk syurga sekali dengan kita?

Kalau satu hari aku kena fitnah, kau percaya aku ke orang lain?
To : Sahabat

Sahabat yang baik akan menegur kesalahan sahabatnya apabila sahabatnya melakukan kesilapan.
Baru best masuk syurga bersama!

Ana salah, ukhti tegur.
Itulah tandanya sahabat sejati.
Ukhwah fillah Abadan abada.
Silaturahim ini tak akan terpisah.
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat.
In shaa AIIah, semoga ukhuwah kita seindah Jannah.
Dia tahu semua kelemahan saya. Dia selalu nasihatkan saya. Dia kata dia nak masuk syurga dengan saya. Dialah yang saya gelar SAHABAT.
Sabda Rasulullah: “Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)
Moga Allah redha. Moga Nabi cinta. Syurga. Jom kita masuk sana bersama!

Berpisah di dunia, berkumpul kembali di Syurga.
Sahabatku, Semoga redha Allah mengiringimu selalu.

- cp -

#sahabat_fillah
#sahabat_till_jannah
#istiqomahgapaimardhatillah

SAHABAT

"Sahabat.." "Yup?" Aku bangga ada sahabat yang sudi tegur kesilapanku. Serius, aku bangga! Aku tak benci kau Aku ...